Followers

Tuesday, March 15, 2011

::budi bahasa::

fuck!mukadimah terbaik dari gua!angah,hitam gua hitam manis,makin hitam makin manis!ok,lupakan disini tentang keindahan gua!gua yang sedang termenung kosong,ditemani dengan nusantara di celahan jari beserta dengan dendangan muzik balada dari suara-suara berpenyakit di sekeliling gua tercetus tentang budi bahasa!pe cer dengan budi bahasa?boleh buat beli barang pe?boleh makan ke budi bahasa?penting ke budi bahasa?ini ke persoalan lu orang?pijak!hentikan imaginasi lu orang seketika,lupakan sesaat masalah-masalah lu orang,gua nak 5 saat je luorang fikirkan tentang budi bahasa!berbudi bahasa ke lu orang selama ini?ya?haruslah!terbaik!pujian sampah dari gua kerana penipuan lu orang!lu orang cakap jujur bukan kena penjara pun,paling bangsat lu dapat makian je!
 budi bahasa!penting ke benda ni?lu orang rasa penting ke?kenapa gua nak kompang sangat benda ni?perhatikan sekeliling lu orang,ada orang tua,ada kanak-kanak,ada remaja,terlalu banyak peringkat umur,tak kan dengan orang tua lu nak berbahasa "lu dan gua",nak menengking?nak meninggi suara sambil mengeluarkan kata-kata indah di bibir?kanak-kanak yang belum penuh mengenal dunia sempurna ini lu orang nak ajar dengan bahasa-bahasa indah lu orang ke?penting atau tidak lu cuba dalaminya!
pak cik:anak,pak cik tumpang tanya boleh?
syah:ahhh!pak cik nak tanya apa? sambil berkata dalam hati "tak boleh tengok orang senang betul"
pak cik:saya nak tahu jalan ni dimana?
syah:**melihat alamat**alamak,senang je dok,pak cik jln terus belok kiri,benda senang pun nak tanya!
pak cik:terima kasih anak,maaf menganggu anak!
syah:**masam**sama- sama dok!

budi bahasa!mana pergi budi bahasa lu orang,benda gua tak reka,bukan imaginasi gua,bukan fiksyen,depan mata lu orang benda ni semua!pijak!dok!1 hari nanti lu orang akan tua jugak,lu nak ke bila lu tanya bahasa sebegitu lu dapat?ada setengah orang tua mungkin biasa dengan bahasa lu orang tapi ada jugak yang tidak,apa salahnya lu berbudi bahasa,lu tak rugi pun bai,lu tak kena bayar pun bai!
budi bahasa!tempat paling top gua perhatikan pejabat kerajaan,almaklumlah iklan semua dari kerajaan tapi lu perhatikan pegawai kerajaan ni berbudi bahasa sangat ke?seperti iklan-iklan di tv ke?seperti slogan mereka ke?pijak!
ali:kak,saya nak bayar bil ini.
kak azzah:**penat**mana slip yang baru?ni slip lama **separuh marah**
ali:slip nak amik kat mana kak?
kak azzah:*marah** kat belakang tu sebesar-besar tidak signboard dia,itupun tak nampak!
ali:oh,tak perasan pula kak sebab tadi terlindung dengan orang,yelah signboard pun kat depan meja je**bengang dimarah**
kak azzah:awak marah saya ke?dahlah nak bayar tak bawa slip dah tunjuk lagi nak marah!
ali:saya tak marah kak,hanya memberitahu sahaja,terima kasih ye kak!
kak azzah:***bengang**sama-sama!
apa cer?mana budi bahasa lu,gua faham lu orang penat bekerja menghadap berjuta-juta kerenah orang,tapi lu kena ingat lu pakai kemeja,pakai baju kurung serta berkot lu kena professional dok,nama pun kerja dan lu kena ingat gak bukan lu sorang je yang penat,yang datang jumpa lu tu pun penat gak menunggu untuk dilayan!fuck!kerajaan susah payah buat iklan tapi pekerja sendiri berbudi bahasa ke?mana budi bahasa tu?lu orang kerja kerajaan contoh doh,lu orang sendiri tak berbudi bahasa,inikan lagi orang yang datang!pijak!bak kata pepatah gua yang menjadi cermin tak betul inikan pulak yang dicerminkan!pijak!
 budi bahasa,gua tak nak bahasa lebih-lebih sebab gua sedar gua sendiri tak berbudi bahasa dengan lu orang tapi gua sedar diri gua!dimana gua berdiri!pijak!manusia sekarang yang berada di dunia yang pesat dan berlumba-lumba sering melupakan benda yang remeh,lu rasa ia tak penting tapi bila kena batang hidung sendiri baru lu nak berteriak itu penting!pijak!gua cube menjerit di pusingan manusia,gua cuba mendongak di sekeliling gua tapi gua tak mampu untuk ubah pusingan ini.dari berbicara lebih baik gua diam,dari memaki lebih baik gua bisu!fuck!

**berbudi dengan gua,gua akan buat lu berbahasa**
by masam manis

No comments:

Post a Comment

TQ bermain tekateki:p